Saat
ini Lagi panasnya kasus seorang dai kondang dengan seorang wanita muda.
Aku jadi ingat kisah dua orang malaikat yang diberi nafsu manusiawi
yaitu malaikat Harut dan Marut.
Surah al Baqarah:102
Alam
Malaikat adalah yang alam tinggi di alam langit. Para malaikat
berkumpul, mereka berbisik sesama mereka dan teringat firman Allah
kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khlifah di
muka bumi” al Baqarah:30 Lalu mereka berkata “mengapa Engkau hendak
menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan dan
menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan
mensucikan Engkau” Tuhan berfirman sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
kamu tidak ketahui” al Baqarah:30
Allah telah mengajarkan Adam
nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta
Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam
mengengkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuld dan
akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campakkan ke dunia.
Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan
akhir berlaku pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu
zuriat anak Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya
dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam.
Mereka lupa tugas
mereka sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu
mereka menyembah berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia
yang penuh kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama
mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi
kezaliman. Kesemua ini dicatat oleh malaikat sehingga buku catatan
mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah
keadaan khalifah Allah di bumi?kenapa Allah memilih mereka menjadi
khalifah sedangkan mereka mengengkariNya?
Lalu Allah berfirman
kepada para malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti
manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku
dikalangan manusia”
Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci
Engkau kami sekali kali tidak akan mengengkari Kamu. Maka Allah
berfirman lagi;pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu. Lalu para
malaikat memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling
terbaik beribadat kepada Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah ”
dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut
dan Marut” al Baqarah:102 .
Babil atau dikenali dengan Babylon di
Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan
kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja,
arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari
semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana
sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang
sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri
barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi
dan menari.
Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh
Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan
mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar
Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kesucian dan keputihan
malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kerupawanan
mereka berdua.
Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka
berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam
dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit
sehingga kakiku tidak mampu memikulnya.
Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.
Harut
menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya
kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah
merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan
Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah
memberi mereka makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar
yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi
mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis
keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam
majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa
mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka
meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi
perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk
dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan
sayu. Orang ramai juga memperhatikan Harut dan Marut, kemudian tuan
majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama
orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.
Selesai
makan, mereka pun memperhatikan semua orang ramai yang sedang makan,
mereka memperhatikan seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata
mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita,
wajahnya cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil.
Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah
melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat
dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir
membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka
mereka.
Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat
datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali,
sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini
nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat mereka segera
beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak
mengatasi masalah itu?
Akhirnya mereka dapat jalan
penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu
bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah
segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus
melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis
tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah,
mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali
bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan
perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.
Dalam perjalanan itu
Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua
tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengingkari
perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas
mereka.
Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan
keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu
manusia!
Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa
yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah
neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah
Harut
menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah
syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus
beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat
maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.
Setelah
senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan
kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur
ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di
langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada
Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan
Keadaan
malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur.
Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka
terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat,
seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul
perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana
kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat
ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke
bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.
Setelah
sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa
yang kembali balik? Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan
perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut
ini yang tidak pernah kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut;
jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita
mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat?
Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan
memberi rezeki harta cukup kepada kita.
Keadaan sianghari Babylon
penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita
cantik dan jelita berada di mana mana saja, di malam pula pesta minum
arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari
semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Mereka
terus berjalan di kota Babil untuk mencari kerja, dan terpandang orang
ramai berpusu pusu pergi ke istana yang besar dan mewah, Harut dan Marut
mengikut orang ramai pergi ke istana itu. Mereka pun masuk ke dalam
istana dan sampai ke dewan yang penuh berbagai makanan dan buah buahan
yang lazat. Di hujung meja hidangan duduk seorang lelaki dengan pakaian
yang mewah dan cantik, tetapi itu tidak mempesonakan Harut dan Marut,
mereka lebih tertarik kepada hidangan makanan dan buah buahan yang lazat
dan enak kerana itu saja dapat menghilangkan kelaparan. Lalu tuan
istana menyuruh mereka duduk dan makan, ketika mereka berdua sedang
asyik makan dengan penuh nikmat, tuan istana memerhati mereka berdua dan
ia meminta khadamnya supaya menuang arak dan persilakan mereka minum
arak lalu Harut dan Marut menolaknya dengan baik. Tuan Istana amat
terkejut kerana masih terdapat dikalangan penduduk Babylon yang tidak
minum arak.Setelah itu barulah Harut dan Marut tahu bahawa lelaki itu
adalah seorang raja yang sedang dikelilingi oleh menteri menteri dan
pembesar pembesarnya.
Raja itu bertitah, semua menteri dan
pembesar diam dan mendengar titah raja tersebut. Titah raja berkisar
tentang pertikaian tanah antaranya dengan salah seorang pembesarnya.
Raja mahukan tanah tersebut dengan cara yang salah. Tidak seorang pun
daripada hadirin yang berani mejatuhkan hukuman. Raja tidak peduli
kepada menteri menterinya, lalu raja berpaling kepada Harut dan Marut
dan bertitah; Aku nak dengar dua orang tetamu ini yang menyelesaikan isu
ini.
Semua perhatian menteri dan pembesar raja tertumpu ke arah
Harut dan Marut, mereka semua menjangka bahawa Harut dan Marut
menyebelahi raja. Tidak pernah terlintas pada pemikiran hadirin bahawa
kedua dua tetamu adalah dari malaikat, malaikat hanya mengetahui
keadilan. Harut dan Marut telah memutuskan hukuman berdasarkan keadilan
dan mengembali hak kepada empunya. Mereka bukan sekadar menjatuhkan
hukuman, bahkan mereka mengatakan raja yang bersalah dan zalim kerana
merampas hak orang lain.
Semua menteri dan pembesar terdiam dan
menanti keputusan raja; raja pun bertitah dengan suara yang lantang;
beta melantik kamu berdua menjadi hakim di negeri Babylon. Para menteri
dan pembesar bertepuk tangan kerana raja tidak murka dan menjatuhkan
hukuman mati sebaliknya melantik mereka menjadi hakim. Begitulah
akhirnya Harut dan Marut mendapat kerja di Babylon setelah mereka
menyerah urusan kerja kepada Allah.
Harut dan Marut di beri rumah
yang berdekatan dengan istana raja. Tidak ada lagi ketakutan,
kesejukan, kelaparan, dahaga, dan tidak perlu meminta minta makanan dari
orang lain. Mereka amat bersyukur kepada Allah SWT yang memberi kerja
dan rezeki dengan menunaikan solat, bertabih memuji kebesaran Allah dan
menyucikan. Tetapi ada sesuatu yang amat merisaukan, iaitu hati mereka
tidak lagi pernah sekhusyuk dan sebersih seperti sebelum ini.
Inilah
kehidupan manusia yang lemah, yang mereka hina ketika berada di alam
malaikat. Kemudian datang tamu baru dalam kehidupan mereka, yang tidak
pernah dirasai sebelum. Rasa letih, mengatuk dan berat mata sehingga
tidak dapat buka. Harut segera membuka matanya dan berkata; mati!!!
Wahai Marut! Kita akan matiii! Marut menyahut;Kenapa wahai sahabatku?
Jawab Harut ; aku letiiih! mata rasa amat berat hingga tak mampu bukaa!
Marut menjawab; aku pun rasa sama seperti kamu! Matiilah kita! Kata
Harut lagi;aku rasa kita tak mati lagi…tapi benda lain..? mereka menguap
aaah! Aaah! Aaah! Dan bercakap dengan suara terputus putus dan akhirnya
langsung tidak dengar lagi suara. Tenanglah penafasan mereka, tidurlah
Harut dan Marut dengan nyenyak buat pertama kali, kerana sebelum ini
mereka malaikat. Malaikat memang tidak tidur.
Bila Harut dan
Marut terjaga dari tidur, matahari sudah terbit dan angin pagi bertiup
sepoi sepoi bahasa bermulalah hari baru, dan itulah sinaran cahaya
matahari pagi yang pertama mereka rasai. Harut dan Marut merasai betapa
nikmat dan segarnya tidur dari keletihan. Uuh! Uuh!uuh! segarnya tidur!
Marut berkata; Wahai sahabatku! aku rasa seolah-olah baru diciptakan.
Dengan
kesegaran itu Harut dan Marut dapat memulakan kerja sejak awal pagi.
Orang ramai mula datang berjumpa Harut dan Marut, dan meminta
penyelesaian kes kes dan pertikaian yang berlaku diantara mereka. Harut
dan Marut telah menyelesaikan kes kes dan pertikaian dengan adil dan
saksama. Orang pun puas hati dengan pengadilan Harut dan Marut. Nama
mereka mula dikenali dan semakin mendapat tempat dan akhirnya mereka
menjadi hakim yang terkenal dan dihormati di seluruh Babil.
Setiap
kali mereka selesai urusan dengan orang ramai, Harut dan Marut tidak
lupa menunaikan solat, memuji kebesaran Allah dan menyucikan sentiasa
bersyukur kepadaNya.Tidak menjadi halangan kepada Harut dan Marut,
sekali kali raja menjemput mereka makan bersama tetapi dengan syarat
tidak adan minuman arak.
Masa terus berlalu dengan pantas. Harut
dan Marut terus menyelesaikan segala permasalahan orang ramai dengan
adil dan saksama. Mereka tidak pernah walau pun sekali melanggar
perintah Allah dalam menyelesaikan kes kes orang ramai.
Suatu
hari dalam kesibukan mereka menyelesaikan kes orang ramai, tanpa diduga
mereka didatang dengan kes baru, kes itu melibat seorang wanita. Apabila
wanita duduk di depan Harut dan Marut, mata mereka berdua terpegun
wajahnya cantik, jelita dan senyum ceria… Lalu mereka teringat ha! ha!
ha! Ya Zahrah. Jantung mereka berdegup degup dan darah panas mengalir
keseluruh badan, mereka berdua berasa hairan apa yang berlaku dalam hati
mereka, rasa takut! rasa cinta! rasa benci ! berangan angan! Sungguh
ajaib hati manusia. Aaah! Alangkah agungnya ciptaan Allah!
Manakala
Zahrah sedang menceritakan kes berlaku ke atasnya…Harut dan Marut
sedang berada di awan awangan…berkhayal sambil asyik memandang Zahrah
..tanpa mendengar apa yang diceritakan oleh Zahrah…tiba tiba bisikan
iman cuba menghalang mereka dari asyik memerhati Zahrah, mereka cuba
memaling pandangan ke arah lain.. tetapi tak mampu kerana ada tolakan
syahawat yang lebih kuat untuk melihat Zahrah dengan nafsu, seolah olah
bara api membara dalam hati mereka berdua. Sehingakan mereka tidak sedar
yang Zahrah telah selesai menceritakan kesnya.
Wahai Tuan Hakim;
itulah cerita kes saya dan saya mengharapkan tuan hakim berdua dapat
memberi keputusan dengan se adilnya. Harut dan Marut tersedar dari awan
awangan, lalu Harut segera menjawab; wahai saudari ! kes kamu memerlukan
kajian, kamu datanglah besok. Marut mencelah; ya saudariku! Benar
seperti yang dikatakan oleh Harut , besok saja kamu datang. Zahrah
memerhati Harut dan Marut, lalu mereka berdua berdiri untuk mengucapkan
selamat tinggal kepada Zahrah. Setelah Zahrah pergi dan hilang dari
pandangan, Harut dan Marut menyesal dengan tindakan mereka. Dengan penuh
kesal Harut berkata; aaah! Kenapa aku tangguh keputusannya sehingga
esok hari ! kenapa aku jadi begini! Wahai sahabatku! Aku takut..masuk
neraka disebabkan oleh wanita ini!Cepat kita segera bertaubat kepada
Allah SWT.
Keesokannya Zahrah segera pergi ke majlis Hakim,
menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Hakim. Pada malam itu Harut
dan Marut tidak dapat kerehatan yang cukup, tidur mereka berdua
terganggu dengan kes Zahrah…Mereka berazam apabila Zahrah datang, mereka
tidak akan memandang wajahnya. Tiba giliran Zahrah, dengan senyuman
yang manis Zahrah masuk berjumpa Harut dan Marut. Senyuman manis
membuatkan Harut terlupa azamnya untuk tidak memandang wajah Zahrah.
Begitu juga Marut terlupa taubat untuk mengulangi dosa yang sama,bila
Zahrah masuk untuk mendapatkan keputusan kesnya. Setelah lama berbual
dengan Zahrah, tanpa disedari mereka pun menjatuhkan hukuman yang tidak
adil kepada Zahrah. Selepas hukuman ke atasnya diputuskan , dia pun
bangun dan bergegas keluar, mereka berdua serentak bertanya; saudari
hendak ke mana? Zahrah menyahut ; saya nak pergi sembah matahari dekat
berhala, marilah ikut saya. Harut dan Marut menjawab bersama; apa kami
nak buat? Jawab Zahrah; kamu berdua bersembahyang dengan saya. Mereka
jawab; kami sekali kali tidak sembah selain dari Allah.
Tetapi
Zahrah tak peduli dan terus pergi. Bila Zahrah dah hilang dari pandangan
mereka, masing masing menyalah diri sendiri kenapalah mereka bersikap
demikian dan teringat janji dan azam yang mereka untuk tidak mengulangi
dosa yang samabila berjumpa dengan Zahrah. Lalu Harut berkata; wahai
sahabatku! sesungguhnya rahmat Allah amat luas, segeralah kita bertaubat
kepada Allah SWT.
Pada malam tersebut Harut dan Marut tertidur
sehingga ke pagi tanpa solat, istighfar dan bertaubat kepada Allah. Bila
Hari siang, mereka berdua pergi ke rumah Zahrah dan tidak pergi ke
majlis Hakim. Setelah sampai di rumah Zahrah, mereka terus mengetuk
pintu dengan senyuman manis dia membuka pintu dan mempelawa mereka
masuk, dan dipelawa duduk di ruang tamu. Zahrah terus ke dapur mengambil
minuman untuk kedua dua tamunya. Zahrah menyediakan minuman arak dan
menjemput Harut dan Marut minum. Harut dan Marut tidak minum arak yang
dihidang Zahrah. Zahrah merajuk dan marah , bila melihat mereka tidak
minum hidangannya. Harut dan Marut memujuk janganlah marah! Marilah kita
berdamai. Saya boleh berdamai dan tak marah dengan syarat kamu berdua
minum hidangan saya, oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati Zahrah
mereka berdua pun minum arak.
Mereka pun mabuk, tiba tba ada
seorang tetamu datang Zahrah, tetamu nampak Harut dan Marut di dalam
rumah Zahrah, Harut dan Marut menjadi gelisah, terlintas dalam benak
mereka berdua; Habis! Habis! Habislah! Kami jika tamu ini mendedah
rahsia kami.Tanpa disedari dan pengaruh arak , mereka berdua bangun
mencekik tamu sehingga mati, kasihan! Apakah dosa tamu itu, melainkan
dia nampak mereka berdua di rumah Zahrah.
Setelah habis kesan
pengaruh arak, mereka pun sedar apa yang telah mereka lakukan dan rasa
amat menyesal, amat sedih sehingga mereka berdua berusaha untuk terbang
ke langit tetapi tidak mampu kerana dosa yang mereka lakukan terlalu
besar dan berat.Kemudian Harut dan Marut terdengar seruan dari langit;
kamu berdua pilih samada kamu di azab di dunia atau di akhirat! Harut
dan Marut memilih azab di dunia, lalu mereka berdua terus diazab
sehingga Hari Kiamat.
Rujukan :-
Cerita cerita dalam al Quran
Tafsir Ibnu Kathir
http://ustmuhammad.wordpress.com
Kalau
malaikat diberi nafsu saja seperti itu, apalagi manusia biasa atau
ustad kondang sekalipun,atau orang biasa seperti kita ya? Benarlah kalau
jihad zaman sekarang adalah perang terhadap hawa nafsu kita sendiri.
Home »Tahukah anda» Kisah Malaikat Harut dan Marut yang diberi nafsu seperti manusia
Rabu, 07 November 2012
Kisah Malaikat Harut dan Marut yang diberi nafsu seperti manusia
lainnya dari Tahukah anda
Ditulis Oleh : Asy shahid AM // 04.22
Kategori: Tahukah anda
0 Comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)